Pages

0

KEPERCAYAAN AKU DIKHIANATI!


15sept2009

tarikh yang x pernah aku lupakan.

bermula hubungan aku dengan si DIA.

DIA baik. selalu nasihatkan aku.

DIA selalu bagi aku semangat.

aku sayangkan DIA sangat2.

masa awal hubungan kteorang, DIA kerap hubungi aku.

DIA selalu ingatkan aku supaya PERCAYA kan DIA.

aku sangat2 PERCAYA kan DIA.

sebab kata DIA kepercayaan tu penting dalam sebuah perhubungan.

aq setia kat DIA.

lepas beberapa bulan, DIA mula sibuk.

kata DIA mahu final exam. xpe aku PERCAYA kan DIA.

katanya mahu pergi belajar ngan kawan2 kat kampus.

DIA contact aku malam je sebelum tidur.

tu pun sekejap sebab DIA penat.

ade sekali tu DIA pergi bercuti dengan kawan2 dia di Genting Highland.

aku mesej DIA x reply.

dlm hati aku cakap "xpe, DIA tengah berseronok dengan kawan2 DIA".

so aku xnak la ganggu DIA. aku x marah sebab aku PERCAYA kat DIA.

lepas dia balik dari bercuti baru DIA contact aku.

aku pernah tanya DIA pasal FB DIA.

DIA cakap DIA xda FB.

aku pon PERCAYA la kat DIA.

aku PERCAYA kat dia macam orang bodoh.

lepas beberapa bulan,

ada sorg mamat ni bagitahu aku yg si DIA ni da ada awek.

mamat ni senior DIA kat universiti X.

katanya awek DIA tu satu kampus, satu kelas lagi.

mula2 aku x PERCAYA sebab aku PERCAYAkan DIA.

mula2 aku takut nak tanya DIA.

aku beranikan diri tanya DIA.

DIA marah aku sebab aku x PERCAYAkan DIA.

DIA pujuk aku. DIA ckp mamat tu buat fitnah.

aku pun cair la dengan pujuk rayu DIA.

DIA mintak aku lupakan DIA.

kata DIA kalau teruskan nanti lagi banyak masalah.

tapi DIA still x nak mengaku DIA ada perempuan lain.

hancur hati aku masa tu.

aku redha ngan apa yang terjadi.

lepas beberapa hari,

aku terjumpa FB DIA.

siap "in relationship" dengan perempuan lain.

DIA cakap "DIPERCAYAI LEBIH PENTING DARI DICINTAI"

aku PERCAYA dia sangat2.

tapi dia tipu aku!

dari FB itulah aku baru tahu perangai sebenar DIA.

DIA pergi Genting dengan perempuan itu.

DIA selalu pergi ke kampus untuk berjumpa perempuan itu.

patut la DIA jarang contact aku.

aku x sangka DIA sanggup buat aku macam tu.

perempuan tu cakap hubungan mereka dah 3 tahun.

dia marah aku. dia cakap aku nak rampas bf dia.

salahkah aku?

aku xda niat jadi perampas.

aku ditipu oleh DIA.

DIA membuatkan aku fobia untuk bercinta lagi.

kepada kaum adam yang lain, tolong lah jangan memainkan perasaan kaum hawa. jagalah hatinya sepertimana kamu ingin mereka menjaga hati kamu. setia pada yang satu. jangan mengkhianati kepercayaannya.

~The truly painful goodbyes are the ones that are never spoken and the ones that are never explained~



24 Ciri-Ciri Orang Yang Mencintai Kamu

  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
  10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
  16. Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’
  17. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  18. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  19. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  20. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  21. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  22. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  23. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
  24. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
0

Remaja Dulu vs Remaja Kini


Remaja dahulu...

Abbas: Assalamualaikum!
Umair: Waalaikumussalam!
Abbas: Anta tengah buat ape tu?
Umair: Oh, ana tengah cube nak fahamkan satu ayat dari surah As Soff ni... Anta tahu tak sape2 yang lebih a'rif tentang ni...
Abbas: Ha!! Ape kate anta tanye Ustaz Hassan...


Remaja Kini...

Titt..titt..titt..
Amir: Wei.. Pick!! Ko tengah buat ape tu??!!
Syafiq: Haha... Ko ni buat tak tahu plak...
Amir: Tengah layan awek la tu...
Syafiq: Ha!! kau memang kawan sejati aku...
Amir: Wei... Pick!! Takkan kau seorang je ade awek... aku nak gak!! Tak 'cool' la muka 'handsome' tapi takde awek...
Syafiq: Ha.. takpe-takpe... Nanti aku suruh awek aku carikan untuk kau...



Remaja Dahulu...

Ammar: Assalamualaikum.. Tuan!! Saya nak daftar untuk sertai peperangan yang akan datang..
Tuan Khalid: Waalaikumsalam! Berapa umur anta??
Ammar: 15 tahun..
Tuan Khalid: Ana minta maaf sangat sebab anta masih belum cukup umur untuk sertai peperangan...
Ammar: Ala... Tolonglah Tuan... Ana merayu!!
Tuan Khalid: Maaf la dik... Ana tidak boleh terima anta...
[di tebing sungai]
Ammar: ......
Hussein: Salam, Ammar! Kenapa anta menangis ni??
Ammar: Ana tidak diterima untuk sertai perperangan...
Hussein: Takpe... Anta bersabarlah... Ana yakin sampai masanya nanti anta akan diterima, InsyaAllah....


Remaja Kini...

Arif: [menyanyi]
Juri: Maaf Arif anda tersingkir...
[di rumah]
Bang!!
Arif:.......
Akil: Ee... Apahal mengamuk tiba-tiba ni??
Arif:........
Akil: Ooo.. Kau tersingkir dalam uji bakat AF9 ye?!!
Arif:.......
Akil: Ala.. Takpe, tahun ni bukan rezeki kau, tahun depan cube la lagi...



Remaja Dahulu...


[Maghrib]
Allahuakbar!! Allahuakbar!!...
Ibrahim: Eh dah azan la!! Jom, cepat..nanti lambat... Kene masbuk pulak..
Hamzah: Eh ha'ah la... Kejap-kejap, tunggu ana...

[Sebelum Subuh]
Hafiz: Ahnaf! Bangun! Anta nak qiam tak??
Ahnaf: MUAAH!(menguap).. Sekarang pukul barape??
Hafiz: Pukul 5..
Ahnaf: Ha?!! Kan ana suruh kejut pukul 4, nape anta tak kejut ana..
Hafiz: Maafla Ahnaf... Ana pun baru je bangun ni.. Takpe, masih ade mase lagi..
Ahnaf: okey...
.


Remaja Kini...

[Maghrib]
Allahuakbar!! Allahuakbar!!
Alif: Eh dah azan la... Takpe la sikit je lagi cerita ni nak habis..
Ayah: Alif, ko nak ikut pergi surau tak??
Alif: Err... Kejap lagi la, ayah pergi la dulu...
Ayah: Hai engko ni... Takkan tiap-tiap hari nak masbuk, asyik dengan cerita kat TV tu..
Alif: Ye laa..

[Subuh]
Zzzzzzzzzz......
Mak Mah: akim!! Bangun!! Ko da solat subuh ke belum??
Hakim: MUAAH!!(menguap).. Ngantuknye!! Ala,mak baru pukul 6.. Subuh habis pukul 6.59..
Mak Mah: Pukul 6 ape bendenye?!!! Sekarang dah pukul 7.30 la.. Bangun!!!!
Hakim: MUAAH!!(menguap).. Ye laa...

www.iluvislam.com
Oleh: Hudaukhwah
0

Al Kisah Makan Makan


Pada 30/08/2010 bufday aq, mase tuh bulan ramadhan, so my ayah n ibu blanje berbuke puasa mkn besau kat "Restoran Famous Thai" yg terletak kat Shah Alam Mall seksyen 9 Shah Alam. Sedap giler mknan kat situ. Memang original masakan thai. Ayah order tomyam seafood, ikan siakap kerabu mangga (favourite aq), sutun goreng tepung n sayur. Memang kenyang giler. Time kasih ayah n ibu! Hepi bile perut kenyang, hihihi :p
0

Hanna da 20 tahun!

30 OGOS 2010..
Aku mencapai umur 20 tahun..
Thanx kat kwn2 yg wish bufday aku..
Nie antara kwn2 yg wish bufday aku..

thanx sgt2..really appreciate it :)







Back to Top